Please Like ^_^

Tuesday, December 31, 2013

31/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya mengatakan bahawa dia tidak mahu lagi memikirkan siapa2 lagi yang pernak dia suka.Mungkin mereka semua bukanlah calon2 jodoh untuknya.Lagipun tahun depan dia perlu fokus akan perkara yang lebih penting iaitu 'SPM'.Yang bakal menentukan masa depannya.Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2013.Saya harap tahun depan dan tahun2 seterusnya adalah tahun yang lebih baik daripada tahun 2013 dan sebelum2 nya.Sekarang Ainiya dah banyak berubah dan berfikiran matang.Fikiran je matang tapi perlakuannya sama saja.Childish giler~Hahaha.Dia sekarang mengosongkan hati dan jiwa serta ingin berhenti jatuh cinta lagi kerana mungkin dia sudah serik dengan semua perasaannya yang juga akan menyakitkan dirinya sendiri saja.Dia hanya ingin fokus untuk masa depannya.Cinta bila2 boleh dicari.Lagipun kalau dah jodoh tak kemana juga kan?oklah Cik nak ucapkan:

"SELAMAT TAHUN BARU,BUKA BUKU BARU DAN TUTUP BUKU LAMA"

Kalau nak buang buku lama pun x pe.hohoho :P

Thursday, December 12, 2013

12/12/2013 ^_^

Mari kita bincangkan tentang "CINTA" :


Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan , asas kemesraan dan keserasian antara sesorang dengan seseorang, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan dan sikap.
Beberapa bahasa, termasuk bahasa melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, dan rindu.
Cinta antara jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal)berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

Saya harap Ainiya dapat membaca definisi tentang "CINTA" ini~ VIA Ensiklopedia ^_^

Wednesday, December 11, 2013

11/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya merasakan bahawa semua "hero" yang pernah Ainiya suka tidak ada hati langsung dengannya. Actually, maybe memang betul pun..Tak mungkin Akira akan menyukai Ainiya..kerana Akira....terpaksa diprivacykan..jadi,tak dapat nak diberitahu kepada anda semua.Maaf ya?Atas amanah...

Shawn pula sudah pulang ke pangkuan keluarganya selepas tamat belajar.Shawn sekarang merupakan "hero malaya".Sangat terkenal dengan ketampanannya.Ramai peminat.Dia juga tidak sombong seperti dulu lagi.Dulu...Shawn seorang yang sombong dan tidak suka bercakap dengan perempuan di alam maya atau pun di laman sosial unless ada perkara penting sahaja.Sekarang dia sudah menjadi seorang yang peramah.Ini membuatkan Ainiya berasa dia tidak layak untuk Shawn.

Akira pula langsung tidak menghiraukan perasaan Ainiya.Shawn mengerti tentang perasaan Ainiya.Cuma,dia tidak menerima perasaan itu sahaja.Chris pula kawan baik Ainiya.Mereka sudah lama berkawan.Jadi,dia sendiri tidak sanggup memutuskan persahabatan yang baik itu demi perasaannya.Malahan,Ainiya dan Chris hampir terputus hubungan kerana perasaan Ainiya.Chris tidak menerima perasaan Ainiya kerana dia sudah ada teman wanita.Jadi,mereka berkawan baik sahaja hingga sekarang.

Ainiya berasa seperti tiada lagi ruang hatinya untuk kesemua "hero-hero" yang pernah membuat Ainiya jatuh hati.Kini,hatinya sudah kosong seperti lagu Najwa Latif : Kosong...kosong..kosong~

Friday, December 6, 2013

6/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya baru perasan yang Shawn tidak lagi meng"Like" apa-apa yang Ainiya "update" di laman muka buku. Tapi,itu bukan soalnya sekarang.Memang sudah tiba masanya Ainiya melupakan Shawn yang pernah bertakhta di hatinya selama 3 tahun.Penggantian Akira juga tidak dapat menghalang Ainiya daripada terus menyukai Shawn.

Shawn tidak mempedulikan Ainiya lagi.Tapi,Ainiya cuba untuk tidak mengganggu Shawn lagi walaupun mengambil masa yang sangat lama sejak Ainiya jatuh cinta kepada Shawn.Ainiya merasakan yang dia perlu menerima hakikat itu.Shawn menyukai orang lain.Perkara ini diketahui oleh kawan baik Ainiya sendiri.Tetapi,atas dasar amanah Ainiya akur dengan kawan baiknya yang memegang amanah daripada Shawn iaitu janji.

Ainiya perlu melepaskan Shawn jua..Walaupun menyakitkan..tapi dia perlu juga..Shawn seperti cinta pertama Ainiya yang Ainiya sendiri tidak mampu menghapusnya daripada minda.Kesiannya kisah tentang Ainiya pada kali ini kan?