Please Like ^_^

Friday, December 6, 2013

6/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya baru perasan yang Shawn tidak lagi meng"Like" apa-apa yang Ainiya "update" di laman muka buku. Tapi,itu bukan soalnya sekarang.Memang sudah tiba masanya Ainiya melupakan Shawn yang pernah bertakhta di hatinya selama 3 tahun.Penggantian Akira juga tidak dapat menghalang Ainiya daripada terus menyukai Shawn.

Shawn tidak mempedulikan Ainiya lagi.Tapi,Ainiya cuba untuk tidak mengganggu Shawn lagi walaupun mengambil masa yang sangat lama sejak Ainiya jatuh cinta kepada Shawn.Ainiya merasakan yang dia perlu menerima hakikat itu.Shawn menyukai orang lain.Perkara ini diketahui oleh kawan baik Ainiya sendiri.Tetapi,atas dasar amanah Ainiya akur dengan kawan baiknya yang memegang amanah daripada Shawn iaitu janji.

Ainiya perlu melepaskan Shawn jua..Walaupun menyakitkan..tapi dia perlu juga..Shawn seperti cinta pertama Ainiya yang Ainiya sendiri tidak mampu menghapusnya daripada minda.Kesiannya kisah tentang Ainiya pada kali ini kan?

No comments :

Post a Comment