Hari ni tiada hujan rintik-rintik, hanya tinggal mendung bersilih ganti dengan panas terik.Begitu juga tiadanya Akira dan Shawn.Kerinduaan kian menggunung! Tapi perlu diatasi kerana boleh berlaku zina hati walaupun Ainiya dan mereka bukanlah pasangan ber'couple'.
Kemana perginya Akira.Tidak lagi Ainiya ketemu.Menghilang begitu sahaja seperti rintik-rintik hujan yang menenangkan.Teringat kisah lalu ketika Ainiya yang sedang kemurungan dan kecewa dek kerana kalah dan terlalu penat pd hari sukan tahun lepas.Akira yang melihat kejadian itu hanya boleh melihat daripada jauh sahaja.Tiada apa yang boleh dilakukan untuk Ainiya.Dia mahu Ainiya bahagia dengan orang lain kerana pelbagai faktor yang tak boleh membuatkan mereka bersama.
Ainiya pula berasa sedih juga pada tahun ini.Sunyi tiada Akira dan Shawn.Mereka semestinya sibuk mengatur kehidupan mereka selepas tamat persekolahan.Shawn tiada lagi di negeri yang sama dengan Ainiya malah lebih jauh lagi.Akira pula entah hilang ke mana.Jika rindu, hanya wechat peneman Ainiya untuk melihat perkembangan Akira yang terbaru.Teringat pula apabila Ainiya ingin meminta no. fon Akira hanya untuk menambah rakan wechatnya.Tetapi Akira menolak dan tak mahu memberikannnya.Tapi akhirnya mereka dipertemukan juga melalui wechat apabila Ainiya membuat 'shake' dan Akira sedang 'shake phone' juga.Berjodoh nampak!Haha!
Sukar untuk dipercayai tapi benar benar lagi sahih! Tapi semua itu hanya kenangan indah semata-mata dan tak mungkin Ainiya dapat melupakannnya.Walaupun menanggung kesakitan untuk melupakan Akira dan Shawn.Mereka merupakan kenangan terindah bagi Ainiya.Cik berharap agar Ainiya akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang beriman, lebih baik da sangat mencintai Allah dan Rasulullah S.a.w dan menyangnginya dirinya dengan hati terbuka serta menerima Ainiya seadanya.Amin...
No comments :
Post a Comment