Please Like ^_^

Thursday, October 31, 2013

31/10/2013 ^_^

Dah lama betul saya tidak menulis tentang Ainiya dan kisah cinta peliknya itu kan?Hahaha..Maaf kerana Ainiya baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahunnya.Saya tidak ingin mengganggunya~
Baiklah...mari kita mulakan dengan cerita untuk hari ini.Saya pasti pasti ramai di luar sana tertunggu-tunggu akan sambung cerita tentang Ainiya memberi "birthday present' kepada Akira,right?

Walaupun sudah lama berlalu kejadian itu,Ainiya masih gembira kerana tiada sebarang reaksi negatif yang cuba ditunjukkan oleh Akira terhadap hadiah yang diberikan itu.Alhamdulillah....Akira mengambil langkah yang bijak kerana dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang hadiah misteri tetapi comel itu kepada sesiapa pun.Jika tidak,pasti ramai yang dapat meneka siapa pemiliknya. (Actually,maybe ramai dah tahu...Ainiya suka pada Akira) >.< harap tidak ya..kerana biarlah rahsia~hahaha..menyanyi pula saya ini.....

Ainiya berasa sangat senang hati juga pada hari ini kerana sudah tamat peperiksaannya yang berminggu-minggu itu dengan jayanya...Alhamdulillah :)

Thursday, October 10, 2013

10/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya dikejutkan lagi dengan kejutan daripada kawannya.Ceritanya bermula begini....
Semasa tamatnya waktu rehat,Ainiya dan kawan baiknya berjalan menuju ke kelas masing-masing.Seorang kawan Ainiya mengatakan Akira berdekatan di situ dan ingin lalu dia situ.Jadi,Ainiya pun berhenti dan sengaja ingin melihat Akira berjalan di hadapannya.

Tetapi yang mengejutkan Ainiya ialah apabila kawan Ainiya itu tiba-tiba menarik Ainiya dan memanggil Akira. "Akira!Ini Ainiya..Ainiya" Ainiya terkejut sangat!Malu sangat katanya!Sepanjang hari mukanya merah padam mungkin menahan malu agaknya!

Akira pula memandang Ainiya yang sudah malu itu dengan muka "selamba" sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.Ainiya pula juga berbuat demikian.

Semasa Ainiya berjumpa kawan baiknya,mereka berbincang tentang hadiah yang ingin diberi kepada Akira sempena hari ulang tahun kelahiran Akira yang ke-17 tahun.Apa sahaja yang mereka bincangkan pasti ada sahaja perkara yang "lawak" dibincangkan.Tidak dapat diberitahu melalui blogger ini kerana terlalu "privacy".Hahahaah~

Ainiya menganggap hadiah yang diberi kepada Akira itu adalah sebagai kenangan sahaja.Ainiya berharap sangat agar Akira menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka.Kita sama-sama doakan ya?? Insyaallah ..Aaminn...

Tuesday, October 8, 2013

8/10/2013 ^_^

Hari ini memang hari yang menggembirakan bagi Ainiya kerana hari ini "HARI JADI AINIYA" hohoho~
Kawannya memberinya hadiah yang sangat comel iaitu "secretlah"! Ainiya berahsia hadiahnya!

Akira pula asyik muncul sahaja di hadapan Ainiya...Ainiya lagi bertambah gembira!Wah!Suka Ainiya nampaknya!

Ainiya dan keluarganya mengadakan "birthday feast" untuk sekeluarga di rumah.Mereka makan "KFC".Hari ulang tahun Ainiya pasti meriah disambut!Tetapi..tahun ini lagi seronok!

Akira "like picture "birthday feast"Ainiya di lama sosial!First time!Sudah pasti Ainiya gembira sangat!

Hari ramai kawan kawan Ainiya memberi "wish" kepada Ainiya...Paling best sekali..apabila kawan kawan Ainiya sekelas menyanyikan lagu "Birthday" kepada Ainiya.Kesimpulannya,hari ini hari yang betul-betul menggembirakan bagi Ainiya!

Sunday, October 6, 2013

6/10/2013 ^_^

Esok Ainiya tidak ke sekolah kerana cuti bergilir sempena peperiksaan.Pati dia merasa bosan dan sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan pujaan hatinya,Akira.hahahah~Ainiya Ainiya

Dua sehari lagi Ainiya bakal meraikan sesuatu...Terpaksa dirahsiakan,ya...Maaf..

Adakah tahun ini berbeza daripada tahun lepas?Harap harap Ainiya mendapat banyak 'surprise' dari kawan kawannya.

Ainiya teringat pula dengan Shawn dan Akira...Kedua duanya tidak meminat Ainiya. Kesiannya.
Tidak mengapalah Ainiya.Pasti Allah sudah merancangkan perkara yang lebih baik untuk Ainiya.Insyaallah.Aaminn :)

Friday, October 4, 2013

4/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya rasa sedikit tidak menggembirakan.Ainiya rasa Akira memang tidak sukakan Ainiya.Sedihnya...Kesian Ainiya kan? Setiap kali dia sukakan seseorang,pasti orang yang disukainya itu tidak menyukainya.Hari Isnin pula cuti berganti sempena peperiksaan.Tak dapatlah Ainiya berjumpa Akira.Kata Ainiya "dapat tengok muka dia yang comel itu pun jadilah". Tetapi kata orang tua-tua pula, "dapat tengok bumbung rumah dia pun jadilah".Tapi masalahnya lokasi rumah Akira pun Ainiya tidak tahu,manakan datangnya bumbung pula ingin dilihat.Hahahaha~

Terbongkar juga 'prank' yang Ainiya buat untuk kawan baiknya itu....Disebabkan Ainiya menyebut "hello kitty" ! Itulah benda yang diberi oleh Ainiya kepada kawan baiknya itu.Hari ini juga Ainiya "having fun" dengan kawan kawan baiknya.Apabila memakai baju t-shirt sukan sahaja...perwatakan mereka semua terus bertukar menjadi kebudak-budakan...serta merta pula itu! Kelakar betul jika diperhatikan! Mereka semua memang kawan baik yang "happening" dan pening!Hahahaha~

Thursday, October 3, 2013

3/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya gembira sangat kerana dia dh membuat 'prank' hari jadi kepada kawan baiknya itu.Tetapi sampai sekarang dia masih tak nak mengaku yang bagi hadiah itu.Biarlah rahsia untuk sehari.Heheheh...
Ainiya memang pandai berlakon..kononnya lah~

Hari ini juga Ainiya terserempak Akira ! Gembiranya dia ! Saat saat pertemuan juga agak kelakar dan memalukan juga.Mula mula Akira ingin lalu berdekatan dengan Ainiya dan kawan kawan.Dia tersenyum sahaja semasa lalu di situ.Semasa cuba lalu di hadapan Ainiya dan kawan kawan,Akira berjalan dengan cara yang sopan 'ala-ala' orang melayu gituh sambil tersenyum.Ainiya pula apa lagi...di pandang sahaja Akira.Rasa macam nak pengsan pon ada juga ! Hahahah....

Setelah Akira selamat berlalu di situ.Ainiya cuba memanggil Akira tetapi dengan nada yang rendah sahaja.Kawan baik Ainiya pula pergi mengekori Akira untuk mengatakan Ainiya 'kirim salam' kepadanya.Tetapi belum sempat memberi 'salam', kawan Ainiya yang seorang lagi menjerit nama Akira.Apa lagi..Akira terus pandang belakang ! Malunya Ainiya bukan kepalang ! Setelah Akira sedang menuju ke kelasnya sudah pasti dia ternampak Ainiya yang cuba 'membelasah' kawannya yang menjerit itu ! Hahahaha~
Yang kelakarnya,kawan baik Ainiya yang ingin mengirimkan 'salam' daripada Ainiya pula terus tidak mengekori Akira.Malah,dia terhenti di satu tong sampah dan pura-pura memakan kacang.Hahahah~

Pertemuan sebelumnya pada hari ini juga ialah di tangga.Ainiya ingin menuju ke kawan baiknya.Akira pula ada juga di tangga tetapi Ainiya pura-pura tak nampak ! Malah Ainiya berlawak dengan kawannya yang mengalami sakit gusi tetapi berkeinginan untuk memakan jambu batu walaupun dalam kesakitan ! Apalah kawan Ainiya ini,merepek sahaja...Mana ada kena mengena antara memakan jambu batu dan sakit gusi ! "definitely,no !" hahahah~

Wednesday, October 2, 2013

2/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya rasa sangat gembira kerana 'have fun' dengan rakan-rakan sekelasnya.Guru tidak hadir jadi permainannya mesti banyak juga.Hehehe...Ainiya asyik 'prank' kawannya sahaja.Penuh dengan gelak ketawa sepanjang hari.Walaupun kelas telah ditukarkan untuk sementara waktu sementara pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan yang penting bagi mereka.Good luck semua ya!

Hari ini juga Ainiya mampu melihat Akira dari jauh sahaja.Rindu juga dia kepada Akira nya itu.Hahahaa...Macam macamlah Ainiya ini.Akira juga telah ditukarkan kelas kerana kelasnya telah digunakan untuk peperiksaan itu.Mungkin tahun ini pelajar tingkatan tiga terlalu ramai.Maybe~

Hari ini juga Ainiya sudah beberapa kali terserempak dengan Shawn,lelaki yang pernah berada di dalam hatinya dahulu.Semakin Ainiya ingin melupakan Shawn..Eh!semakin mendekat pula mereka! Ish ish ish!Seram pula!

Hari ini kawan baik yang paling rapat dengan Ainiya mempunyai seminar.Jadi,dia tidak dapat bersama sama semasa rehat.Ainiya asyik sahaja termenung.Tinggal lah Ainiya berdua dengan kawan baiknya yang lagi seorang...Tetapi hari ini Ainiya 'gila gila' membuat 'prank' kepada kawannya itu.Kejam betul!hahaha...
Itulah kawan baik namanya.bergurau senda tak kira masa dan tanpa belas kasihan juga!hahaha..

Mood Ainiya hari ini kebanyakkannya gembira sahaja.Alhamdulillah.Sama samalah kita doakan kegembiraan Ainiya supaya berkekalan tak kira masa.Aamin...

Tuesday, October 1, 2013

1/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya sedang merancang sesuatu yang istimewa buat kawan baiknya yang paling dia sayang.Ainiya mahu membuat "surprise" pada hari jadi kawan baiknya itu.Hehehe..kira "prank" lah ini.Cuma perlukan seorang pembantu sahaja."bertanduk" sudah Ainiya apabila memikirkan "prank" itu.Hari "prank" itu adalah tidak lama lagi!

Hari ini juga Ainiya terserempak dengan Akira,pujaan hatinya di kantin sekolah.Ainiya nampak Akira seperti bersinar-sinar.hahaha....Seperti di komik sahaja. Ainiya memang seorang yang mempunyai imiginasi yang tinggi betul!Tetapi Ainiya tiada keberanian untuk memandang wajah Akira.Wajah Akira seakan akan terlalu bersinar baginya.Lagi bagus jika Akira senyum kepada Ainiya jika Ainiya terpandang wajah Akira yang kacak itu.Pasti Ainiya terjatuh...bukan jatuh cinta sahaja tetapi pengsan agaknya.Hahaaha . Ainiya memang pandai berlakon dalam  membuat seseorang seperti tiada di sekelilingnya.Erm..Ainiya Ainiya...pelik benar orangnya.Biarlah Ainiya dengan dunianya asalkan dia bahagia dan tidak mengganggu kebahagiaan orang lain.Hehehe...