Please Like ^_^

Thursday, October 3, 2013

3/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya gembira sangat kerana dia dh membuat 'prank' hari jadi kepada kawan baiknya itu.Tetapi sampai sekarang dia masih tak nak mengaku yang bagi hadiah itu.Biarlah rahsia untuk sehari.Heheheh...
Ainiya memang pandai berlakon..kononnya lah~

Hari ini juga Ainiya terserempak Akira ! Gembiranya dia ! Saat saat pertemuan juga agak kelakar dan memalukan juga.Mula mula Akira ingin lalu berdekatan dengan Ainiya dan kawan kawan.Dia tersenyum sahaja semasa lalu di situ.Semasa cuba lalu di hadapan Ainiya dan kawan kawan,Akira berjalan dengan cara yang sopan 'ala-ala' orang melayu gituh sambil tersenyum.Ainiya pula apa lagi...di pandang sahaja Akira.Rasa macam nak pengsan pon ada juga ! Hahahah....

Setelah Akira selamat berlalu di situ.Ainiya cuba memanggil Akira tetapi dengan nada yang rendah sahaja.Kawan baik Ainiya pula pergi mengekori Akira untuk mengatakan Ainiya 'kirim salam' kepadanya.Tetapi belum sempat memberi 'salam', kawan Ainiya yang seorang lagi menjerit nama Akira.Apa lagi..Akira terus pandang belakang ! Malunya Ainiya bukan kepalang ! Setelah Akira sedang menuju ke kelasnya sudah pasti dia ternampak Ainiya yang cuba 'membelasah' kawannya yang menjerit itu ! Hahahaha~
Yang kelakarnya,kawan baik Ainiya yang ingin mengirimkan 'salam' daripada Ainiya pula terus tidak mengekori Akira.Malah,dia terhenti di satu tong sampah dan pura-pura memakan kacang.Hahahah~

Pertemuan sebelumnya pada hari ini juga ialah di tangga.Ainiya ingin menuju ke kawan baiknya.Akira pula ada juga di tangga tetapi Ainiya pura-pura tak nampak ! Malah Ainiya berlawak dengan kawannya yang mengalami sakit gusi tetapi berkeinginan untuk memakan jambu batu walaupun dalam kesakitan ! Apalah kawan Ainiya ini,merepek sahaja...Mana ada kena mengena antara memakan jambu batu dan sakit gusi ! "definitely,no !" hahahah~

No comments :

Post a Comment