Hari ini Ainiya dikejutkan lagi dengan kejutan daripada kawannya.Ceritanya bermula begini....
Semasa tamatnya waktu rehat,Ainiya dan kawan baiknya berjalan menuju ke kelas masing-masing.Seorang kawan Ainiya mengatakan Akira berdekatan di situ dan ingin lalu dia situ.Jadi,Ainiya pun berhenti dan sengaja ingin melihat Akira berjalan di hadapannya.
Tetapi yang mengejutkan Ainiya ialah apabila kawan Ainiya itu tiba-tiba menarik Ainiya dan memanggil Akira. "Akira!Ini Ainiya..Ainiya" Ainiya terkejut sangat!Malu sangat katanya!Sepanjang hari mukanya merah padam mungkin menahan malu agaknya!
Akira pula memandang Ainiya yang sudah malu itu dengan muka "selamba" sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.Ainiya pula juga berbuat demikian.
Semasa Ainiya berjumpa kawan baiknya,mereka berbincang tentang hadiah yang ingin diberi kepada Akira sempena hari ulang tahun kelahiran Akira yang ke-17 tahun.Apa sahaja yang mereka bincangkan pasti ada sahaja perkara yang "lawak" dibincangkan.Tidak dapat diberitahu melalui blogger ini kerana terlalu "privacy".Hahahaah~
Ainiya menganggap hadiah yang diberi kepada Akira itu adalah sebagai kenangan sahaja.Ainiya berharap sangat agar Akira menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka.Kita sama-sama doakan ya?? Insyaallah ..Aaminn...
No comments :
Post a Comment