Hari ini Ainiya mendapat tahu bahawa Shawn menyukai seseorang.Orang itu adalah kawan baik Ainiya sendiri.Sukar untuk dipercayai tetapi jika benar,Ainiya tidak mampu berbuat apa-apa pun,melainkan mendoakan kebahagiaan kawan baiknya itu.
Retak hati Ainiya apabila mendapat berita yang mengejutkan baginya walaupun Akira sudah menggantikan Shawn di hati Ainiya.Tetapi masih berbekas perasaan suka Ainiya terhadap Shawn kerana Ainiya menyukai Shawn selama tiga tahun.Pastinya Ainiya sangat bersedih kerana kawan baiknya sendiri!! Bukan salah kawannya.Kawan baiknya itu pun tidak tahu menahu soal ini lagipun kawan baiknya itu sudah berpunya.
Saya harap Ainiya tidak bersedih lagi dan dia akan terus tabah mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini.
No comments :
Post a Comment