Semalam Ainiya bermimpi tentang seseorang yang pernah diminatinya dahulu.Adakah itu jodoh Ainiya?Ataupun mimpi sekadar mainan tidur sahaja.Ainiya tidak memahaminya walaupun mimpi itu sangat indah sehinggakan dia terbangun lewat sedikit daripada waktu asal yang sepatutnya dia bangun tidur.Ainiya..Ainiya...syok sangat dia bermimpi sehingga terlupa untuk bangun awal ke sekolah pula ya.Ish,ish,ish....Hahaha.Ainiya penuh dengan impian,angan angan dan cinta yang berbeza beza.
Hari ini pula Ainiya hanya berkesempatan untuk melihat Arumi daripada jauh sahaja kerana dia perlu menyelesaikan tugasnya.Kesian Ainiya.Sewaktu di kantin sekolah,sempat lagi lelaki,Chris yang dimimpikannya itu berlawak dengan tetapi Ainiya buat muka seperti biasa sahaja kerana dia sendiri tidak memahami mimpi yang pelik itu.Kalaulah itu jodoh Ainiya,pasti Ainiya gembira.Mungkin juga.....Ainiya juga hari ini terfikir soal kematian.Memang menakutkan.Tetapi mati itu sudah pasti bagi semua makhluk Allah.Ainiya juga teringatkan sewaktu dia masih di menengah rendah dahulu.Sudah banyak kali dia terlanggar Chris.Nasiblah Chris itu baik orangnya dan tidak memarahi Ainiya.Ainiya pula asyik nak cepat sahaja.
Ainiya berkeras menafikan bahawa Chris itu bukanlah seperti di dalam mimpinya yang indah itu.Chris juga sudah pun mempunyai teman wanita yang sangat cantik.Malahan teman wanita Chris itu merupakan kawan baik Ainiya sendiri.Ainiya memang suka berkorban demi kebahagiaan orang lain walaupun dia banyak menagis demi cintanya yang tidak kesampaian itu.Sedih pula cerita Ainiya ini ya?Erm...apa boleh buat..cinta itu buta.Mampukah cinta Ainiya kepada Chris kembali berputik seperti di dalam mimpi indah itu?Adakah Ainiya menolak segala-segalanya daripada berlaku demi sahabat baik yang disayanginya?Jawapan adalah pada masa hadapan.
No comments :
Post a Comment