Please Like ^_^

Thursday, September 26, 2013

26/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya berasa sangat sedih terutama tentang keluarganya.Mula-mula dia dimarahi oleh mamanya kerana dia mengingkari perintah yang disuruh oleh mamanya.Selepas pulang dari sekolah pula dia dimarahi oleh abangnya.Memang sudah salahnya juga.Siapa suruh dia update status tentang abangnya.Ish..ish Ainiya ni...Ainiya menangis mengenangkan nasibnya pada hari ini.

Ainiya sudah memulai risau tentang peperiksaan akhir tahun yang bakal dia tempuhi seterusnya dia memikirkan tentang peperiksaan yang bakal ditempuhinya pada tahun hadapan kerana peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang paling penting,yang menentukan cita-cita dan masa hadapannya.

Hari ini Arumi cuma memandang Ainiya dari jauh sahaja.Kini,Ainiya semakin tidak mempedulikan lagi Shawn,lelaki yang pernah membuat dia jatuh cinta selama beberapa tahun.Ainiya juga tidak menyedarinya.Paling penting sekarang,Ainiya sedang berfikirkan tentang siapakah angkara yang menceritakan tentang perkara itu kepada abang kesayangannya.

Dia amat menyayangi abangnya kerana mungkin itulah satu-satunya abang yang dia ada.Ainiya cuba memujuk dirinya agar tidak terlalu bersedih dengan perkara yang remeh seperti ini.Dia perlu tabah untuk mengecapi sendiri kebahagiaan yang begitu dia ingin temui.Bersabarlah ya Ainiya.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Begitulah pujuk hati nurani Ainiya.

No comments :

Post a Comment