Please Like ^_^

Wednesday, September 25, 2013

25/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya berasa sedih sedikit kerana kawan baiknya bad mood.Dia rasa seperti dimarahi apabila dia cuba bertanya kawannya tentang soalan yang tidak difahaminya.Erm...mood sedih Ainiya lah ni.Hari ini juga Ainiya pergi ke kedai yang berdekatan dengan sekolahnya untuk membeli hadiah untuk sempena hari lahir sahabat karibnya yang paling dia sayang.Comel juga hadiah tu.Pink gituh~Hahahaha...

Ainiya juga terawal sedikit jalannya daripada Arumi.Arumi jauh dibelakang Ainiya.Apabila Ainiya hendak membayar barang ingin dibelinya.Ainiya ternampak Arumi sedang berjalan dengan gayanya.Ainiya rasa seperti ternampak artis Korea sahaja.Hehehe...ada ada sahaja Ainiya ini.Mempunyai imaginasi yang terlalu tinggi!

Malamnya pula Ainiya naik berang dan mengamuk satu rumahnya kerana bosan melihat baju di bilik bersepah di sana sini.Semua akan terdiam sahaja jika Ainiya mengamuk kerana Ainiya memang tidak suka dibantah.Bukan selalu dia naik berang begitu.Ini mungkin disebabkan dia terlalu memendam perasaan marahnya...Bila sampai tahap maksimanya...Erm..meletus juga gunung berapi kemarahan Ainiya.Tetapi marahnya itu sekejap sahaja,sekadar meluahkan perasaan marah yang tidak boleh ditahan lagi.Selepas itu,dia akan mudah sahaja melupakan apa yang dimarahinya.Dia juga memang tidak suka berleter kerana katanya berleter itu memenatkan dirinya sahaja.

No comments :

Post a Comment