Hari ini Ainiya tidak ada mood.Kesian dia kerana mengalami bermacam perkara yang menyedihkan.Hari ini dia dimarahi oleh papanya kerana dia bercakap kasar.Ainiya memang seorang yang bersikap kasar dan suaranya juga boleh dikatakan sebagai lelaki lebih-lebih lagi apabila dia berkomunikasi di telefon.Hahaha.Tapi itu bukanlah persoalannya yang sebenar.Mungkin ketika itu juga papa Ainiya tidak mempunyai "angin" yang baik.Asyik marah-marah sahaja.
Hari ini juga hari yang menggembirakan Ainiya kerana hari ini dia dapat melihat senyuman manis Akira.Tetapi,senyuman itu bukanlah ditujukan kepada Ainiya tetapi kepada cikgu.Hahaha.Mengikut kata sahabat Ainiya pula,Ainiya mungkin tidak dapat tidur selama beberapa hari jika Akira betul-betul memberikan senyumannya kepada Ainiya.Hahahaha..Ada-ada sahaja sahabat-sahabat Ainiya yang sengaja membuat Ainiya "merah muka".Hahahaa....
Hari ini juga Chris mengalami pergaduhan dengan kawan karibnya kerana sedikit perselisihan faham.Ainiya pula nampak risau.Tetapi,jika Akira yang bergaduh..pasti Ainiya yang "ribut" nanti.Erm...mungkin...Betapa sayangnya dia kepada Akira walaupun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Walaupun dalam kesedihan yang membuatkan Ainiya tidur bersama air mata,Ainiya tetap berdoa dan yakin bahawa esok akan lebih baik dan membahagiakan.Insya Allah...Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan Ainiya...Aamin...
No comments :
Post a Comment