Hari ini Ainiya rasa sangat sedih kerana dia pagi-pagi lagi sudah dimarahi oleh mamanya.Kesian dia.Abangnya pula asyik mengungkit tentangnya.Abang berkata bahawa segala yang Ainiya mahukan pasti dapat dengan mudah sahaja.Mama Ainiya pula berkata Ainiya tidak pernah hidup susah.Ketika itu Ainiya naik berang apabila mamanya memarahinya kerana dia "seperti" merosakkan barang mamanya.Sebenarnya,barang itu tidak rosak di mana-mana bahagian pun.Cuma tercabut sahaja.Bukan salah Ainiya,asalnya sahaja memang sudah tercabut ketika Ainiya pergi mengambil barang itu.
Sebenarnya hidup Ainiya tidak lah seperti abang dan mama katakan.Mereka tidak nampak apa yang Ainiya sudah lakukan.Ainiya tidak mudah mendapatkan apa yang dimahukannya.Dari kecil,Ainiya sudah diajar agar jika mahukan sesuatu pasti dengan usaha sendiri.Maksudnya,Ainiya perlu belajar bersungguh-sungguh agar apa yang dimahukan akan diberi oleh papanya.Itu pun benda yang perlu sahaja.Adakah itu nampak mudah???Bagi saya sebagai penulis blog ini juga rasa susah sangat!
Hidup Ainiya tidak pernah susah?? Hidup Ainiya tidak susah sangat tetapi bila susah,terasa susah sangat.Kekadang,Ainiya merasakan dirinya seperti dipinggirkan oleh mama dan papanya.Maksudnya,berlaku pilih kasih antara Ainiya dan abangnya.Abangnya jika ingin kemana-mana sahaja diberi keizinan daripada mama dan papa.Tetapi,jika Ainiya yang meminta keizinan,pasti Ainiya tidak diberi keizinan malah dimarahi pula!
Itu yang membuatkan Ainiya berasa kesal dengan semua orang yang ada disekelilingnya.Mereka seakan tidak nampak apa yang Ainiya cuba lakukan.Tetapi Ainiya tidak pernah mengeluh,dia cuba tabahkan hati dan dirinya untuk menempuh hidup yang penuh dengan pancaroba ini.Semoga Ainiya sentiasa kuat dan sabar dalam menghadapi ujian ALLAH S.W.T.Pasti ada hikmah disebalik ujian itu yang mungkin bakal membahagiakan Ainiya pada suatu hari nanti.Insyaallah...
No comments :
Post a Comment