Please Like ^_^

Saturday, November 9, 2013

9/11/2013 ^_^

Hari ini saya berjumpa dengan Ainiya...Dia nampak gembira sahaja hari ini..Tetapi saya yakin disebalik ketawanya..senyumnya..tersimpan beribu-ribu rahsia yang menyedihkan kerana Ainiya seorang yang pandai berahsia...Ainiya berkata dia ingin melupakan Akira...Apa??? terkejut juga saya...Tetapi saya yakin benar yang Ainiya tak akan melupakan Akira dengan segera kerana tiada pengganti yang akan menggantikan tempat Akira di hatinya itu.Akira juga lah yang telah berjaya menggantikan tempat Shawn dihatinya.

Jika Ainiya benar ingin melupakan Akira,Ainiya perlu mencari pengganti yang boleh menggantikan Akira dihatinya.Jika tiada,Akira masih setia bertakhta dihatinya.Tetapi Ainiya juga seperti bertekad untuk tidak mudah jatuh hati lagi kepada mana-mana lelaki selepas ini.Itu bukanlah mudah pada firasat saya.Ainiya berharap semua orang boleh memahaminya ketika dia marah,sedih,gembira...Saya lah tempat untuk dia meluahkan rasa yang tersimpan..Insya Allah,saya akan berusaha memahaminya walaupun saya tidaklah banyak mengetahui tentang dirinya yang penuh misteri itu.

Apa-apa pun, marilah kita berdoa agar Ainiya menemui jalan kebahagiaan seperti yang di impi-impikannya...Aamin...

No comments :

Post a Comment