Hari ini Ainiya rasa gembira kerana dapat melihat Akira menerima anugerah di sekolah.Akira kelihatan sungguh kacak dan bergaya dengan "blazer" milik sekolah.Chris juga sungguh bergaya dan kacak dengan "blazer" yang dipakainya.Akira dan Chris kelihatan seperti artis korea yang semakin menjadi kegilaan ramai orang.Semua menjerit dan bertepuk tangan ketika mereka sedang menerima anugerah.
Badan mereka yang tinggi lampai dan berwajah comel dan tampan mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta.Apalagi Ainiya yang terpegun dan tergamam apabila mereka naik sahaja ke pentas.Ainiya rasa mereka berdua sungguh bersinar.Wah~
Selepas selesai penerimaan anugerah,sekolah Ainiya dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada "band" yang terkenal di sekolah itu.Ainiya sungguh terhibur dengan semua persembahan tersebut.Akira pula duduk di tempat yang redup sambil memerhati dari jauh sahaja.Selepas selesai majlis itu,Ainiya dan rakan-rakannya ingin menuju ke kelas.Mereka semua terlihat Akira.Ainiya menjerit nama Akira lalu terus menyembunyikan dirinya.Akira terus memandang kearah mereka.Ainiya pula buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.Hahahaha...Ainiya..Ainiya...
Sebelum pulang Shawn dan rakan-rakannya pergi ke kelas mereka.Kebetulan,Ainiya berada di sana.Shawn asyik melihat Ainiya sahaja.Ainiya perasan tentang perkara itu,tetapi dia buat tidak tahu sahaja.Mungkinkah Shawn menyukai Ainiya?? Adakah Ainiya masih menaruh hati kepada Shawn?? Semuanya menjadi persoalan.Tetapi masa hadapan sahaja yang menjadi jawapannya kerana manusia tidak boleh mengetahui masa hadapan yang ditentukan oleh ALLAH yang maha berkuasa.
Ainiya pula...adakah dia akan memilih Akira?atau Shawn?ataupun Chris?sebagai lelaki yang bertakhta dihatinya?? Ainiya juga tidak pasti.Mereka sangat "special" bagi Ainiya.Ainiya tidak dapat melupakan mereka bertiga dengan semudah satu saat sahaja.Sangat sukar katanya.Ainiya..Ainiya... Erm....(geleng kepala)Hahaha
No comments :
Post a Comment