Please Like ^_^

Tuesday, December 31, 2013

31/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya mengatakan bahawa dia tidak mahu lagi memikirkan siapa2 lagi yang pernak dia suka.Mungkin mereka semua bukanlah calon2 jodoh untuknya.Lagipun tahun depan dia perlu fokus akan perkara yang lebih penting iaitu 'SPM'.Yang bakal menentukan masa depannya.Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2013.Saya harap tahun depan dan tahun2 seterusnya adalah tahun yang lebih baik daripada tahun 2013 dan sebelum2 nya.Sekarang Ainiya dah banyak berubah dan berfikiran matang.Fikiran je matang tapi perlakuannya sama saja.Childish giler~Hahaha.Dia sekarang mengosongkan hati dan jiwa serta ingin berhenti jatuh cinta lagi kerana mungkin dia sudah serik dengan semua perasaannya yang juga akan menyakitkan dirinya sendiri saja.Dia hanya ingin fokus untuk masa depannya.Cinta bila2 boleh dicari.Lagipun kalau dah jodoh tak kemana juga kan?oklah Cik nak ucapkan:

"SELAMAT TAHUN BARU,BUKA BUKU BARU DAN TUTUP BUKU LAMA"

Kalau nak buang buku lama pun x pe.hohoho :P

Thursday, December 12, 2013

12/12/2013 ^_^

Mari kita bincangkan tentang "CINTA" :


Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan , asas kemesraan dan keserasian antara sesorang dengan seseorang, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan dan sikap.
Beberapa bahasa, termasuk bahasa melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, dan rindu.
Cinta antara jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal)berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

Saya harap Ainiya dapat membaca definisi tentang "CINTA" ini~ VIA Ensiklopedia ^_^

Wednesday, December 11, 2013

11/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya merasakan bahawa semua "hero" yang pernah Ainiya suka tidak ada hati langsung dengannya. Actually, maybe memang betul pun..Tak mungkin Akira akan menyukai Ainiya..kerana Akira....terpaksa diprivacykan..jadi,tak dapat nak diberitahu kepada anda semua.Maaf ya?Atas amanah...

Shawn pula sudah pulang ke pangkuan keluarganya selepas tamat belajar.Shawn sekarang merupakan "hero malaya".Sangat terkenal dengan ketampanannya.Ramai peminat.Dia juga tidak sombong seperti dulu lagi.Dulu...Shawn seorang yang sombong dan tidak suka bercakap dengan perempuan di alam maya atau pun di laman sosial unless ada perkara penting sahaja.Sekarang dia sudah menjadi seorang yang peramah.Ini membuatkan Ainiya berasa dia tidak layak untuk Shawn.

Akira pula langsung tidak menghiraukan perasaan Ainiya.Shawn mengerti tentang perasaan Ainiya.Cuma,dia tidak menerima perasaan itu sahaja.Chris pula kawan baik Ainiya.Mereka sudah lama berkawan.Jadi,dia sendiri tidak sanggup memutuskan persahabatan yang baik itu demi perasaannya.Malahan,Ainiya dan Chris hampir terputus hubungan kerana perasaan Ainiya.Chris tidak menerima perasaan Ainiya kerana dia sudah ada teman wanita.Jadi,mereka berkawan baik sahaja hingga sekarang.

Ainiya berasa seperti tiada lagi ruang hatinya untuk kesemua "hero-hero" yang pernah membuat Ainiya jatuh hati.Kini,hatinya sudah kosong seperti lagu Najwa Latif : Kosong...kosong..kosong~

Friday, December 6, 2013

6/12/2013 ^_^

Hari ini Ainiya baru perasan yang Shawn tidak lagi meng"Like" apa-apa yang Ainiya "update" di laman muka buku. Tapi,itu bukan soalnya sekarang.Memang sudah tiba masanya Ainiya melupakan Shawn yang pernah bertakhta di hatinya selama 3 tahun.Penggantian Akira juga tidak dapat menghalang Ainiya daripada terus menyukai Shawn.

Shawn tidak mempedulikan Ainiya lagi.Tapi,Ainiya cuba untuk tidak mengganggu Shawn lagi walaupun mengambil masa yang sangat lama sejak Ainiya jatuh cinta kepada Shawn.Ainiya merasakan yang dia perlu menerima hakikat itu.Shawn menyukai orang lain.Perkara ini diketahui oleh kawan baik Ainiya sendiri.Tetapi,atas dasar amanah Ainiya akur dengan kawan baiknya yang memegang amanah daripada Shawn iaitu janji.

Ainiya perlu melepaskan Shawn jua..Walaupun menyakitkan..tapi dia perlu juga..Shawn seperti cinta pertama Ainiya yang Ainiya sendiri tidak mampu menghapusnya daripada minda.Kesiannya kisah tentang Ainiya pada kali ini kan?

Thursday, November 28, 2013

28/11/2013

Hari ini Ainiya mendapat tahu bahawa Shawn menyukai seseorang.Orang itu adalah kawan baik Ainiya sendiri.Sukar untuk dipercayai tetapi jika benar,Ainiya tidak mampu berbuat apa-apa pun,melainkan mendoakan kebahagiaan kawan baiknya itu.

Retak hati Ainiya apabila mendapat berita yang mengejutkan baginya walaupun Akira sudah menggantikan Shawn di hati Ainiya.Tetapi masih berbekas perasaan suka Ainiya terhadap Shawn kerana Ainiya menyukai Shawn selama tiga tahun.Pastinya Ainiya sangat bersedih kerana kawan baiknya sendiri!! Bukan salah kawannya.Kawan baiknya itu pun tidak tahu menahu soal ini lagipun kawan baiknya itu sudah berpunya.
Saya harap Ainiya tidak bersedih lagi dan dia akan terus tabah mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini.

Wednesday, November 20, 2013

20/11/2013 ^_^

Hari ini Ainiya dapat melihat Akira walupun dari jarak yang agak jauh.Adakah Ainiya sudah dapat melupakan Akira?Rasanya semua sudah tahu..pasti nya belum lagi kan?Erm...masih tiada yang dapat menggantikan Akira di hati Ainiya.. :')

Monday, November 18, 2013

19/11/2013 ^_^

Hari ini Ainiya rasa sangat sedih kerana dia pagi-pagi lagi sudah dimarahi oleh mamanya.Kesian dia.Abangnya pula asyik mengungkit tentangnya.Abang berkata bahawa segala yang Ainiya mahukan pasti dapat dengan mudah sahaja.Mama Ainiya pula berkata Ainiya tidak pernah hidup susah.Ketika itu Ainiya naik berang apabila mamanya memarahinya kerana dia "seperti" merosakkan barang mamanya.Sebenarnya,barang itu tidak rosak di mana-mana bahagian pun.Cuma tercabut sahaja.Bukan salah Ainiya,asalnya sahaja memang sudah tercabut ketika Ainiya pergi mengambil barang itu.

Sebenarnya hidup Ainiya tidak lah seperti abang dan mama katakan.Mereka tidak nampak apa yang Ainiya sudah lakukan.Ainiya tidak mudah mendapatkan apa yang dimahukannya.Dari kecil,Ainiya sudah diajar agar jika mahukan sesuatu pasti dengan usaha sendiri.Maksudnya,Ainiya perlu belajar bersungguh-sungguh agar apa yang dimahukan akan diberi oleh papanya.Itu pun benda yang perlu sahaja.Adakah itu nampak mudah???Bagi saya sebagai penulis blog ini juga rasa susah sangat!

Hidup Ainiya tidak pernah susah?? Hidup Ainiya tidak susah sangat tetapi bila susah,terasa susah sangat.Kekadang,Ainiya merasakan dirinya seperti dipinggirkan oleh mama dan papanya.Maksudnya,berlaku pilih kasih antara Ainiya dan abangnya.Abangnya jika ingin kemana-mana sahaja diberi keizinan daripada mama dan papa.Tetapi,jika Ainiya yang meminta keizinan,pasti Ainiya tidak diberi keizinan malah dimarahi pula!

Itu yang membuatkan Ainiya berasa kesal dengan semua orang yang ada disekelilingnya.Mereka seakan tidak nampak apa yang Ainiya cuba lakukan.Tetapi Ainiya tidak pernah mengeluh,dia cuba tabahkan hati dan dirinya untuk menempuh hidup yang penuh dengan pancaroba ini.Semoga Ainiya sentiasa kuat dan sabar dalam menghadapi ujian ALLAH S.W.T.Pasti ada hikmah disebalik ujian itu yang mungkin bakal membahagiakan Ainiya pada suatu hari nanti.Insyaallah...

Friday, November 15, 2013

15/11/2013 ^_^

Hari ini hari terakhir sekolah bagi tahun 2013.Agak menggembirakan juga bagi Ainiya.Akira tidak hadir hari ini. Tapi Ainiya langsung tidak menunjukkan dia rindu atau sedih.Mungkin dia sudah boleh melupakan Akiranya itu.Tahun depan adalah tahun terakhir Ainiya menempuh ranjau alam persekolahan.Semestinya Ainiya tidak menyukai alam pekerjaan.Semestinya dia merindui rakan-rakannya yang selalu disisinya.

Impiannya terlalu besar...Mampukah dia mencapainya??Bermacam persoalan yang mencabar minda Ainiya sendiri.Bukan mudah untuk berjaya...Tetapi dia harus berusaha sebaik mungkin untuk membanggakan ibu bapanya,guru dan nama sekolahnya.Terlalu besar tanggungjawab yang digalas oleh Ainiya sebagai seorang anak dan juga pelajar.

Membalas jasa mereka yang banyak berjasa kepada kita memang penting..Ibu bapa yang menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh..Guru-guru banyak menghabiskan tenaga dan masa mereka sepatutnya bersama keluarga tercinta terutamanya pada hari cuti turut berkorban semua itu demi anak-anak muridnya yang mereka sayangi..Pantaskah kita semua tidak menyedarinya lagi??Masih bermain-main dan tidak mengendahkan segala susah payah mereka bagai mencurah air ke daun keladi??Begitulah fikiran Ainiya...Runsing dibuatnya~

Thursday, November 14, 2013

14/11/2013 ^_^

Hari ini memang hari yang gila-gila bagi Ainiya kerana Ainiya dan kawan-kawannya seperti di tempat penggambaran RUNNING MAN yang sedang hangat sekarang ini.Cuma watak-wataknya sahaja berubah."Task" yang perlu dilakukan ialah melarikan diri daripada SPARTA (guru-guru) dan perlu menangkap sebanyak mungkin gmbar-gambar mereka di kawasan sekolah.Bertujuan sebagai kenangan untuk tahun ini.

Rancangan ini bertukar tajuk menjadi "RUNNING WOMEN" kerana yang terlibat hanyalah pelajar-pelajar perempuan sahaja.Agak lucu juga kan?Hahaha..Ainiya dan rakan-rakan perlu menyorok dan cuba mencari tempat-tempat yang sesuai agar tidak ditangkap oleh SPARTA..Berbagai gaya gambar-gambar yang telah diambil..

Hari ini Ainiya tidak dapat melihat sebarang kelibat Akira..mungkin sudah sampai masanya dia perlu melupakan Akira.Kawan Ainiya bertanya Ainiya " Apa awak lihat itu?" Ainiya menjawab "Akira..opsss..salah orang..maksud saya Chris!" Kawan Ainiya juga beranggapan bahawa Ainiya merindui Akira yang teramat sangat walaupun dia cuba menolak keras pernyataan itu.Orang kata "mulut kata tak mahu,tapi hati mahu".Hahaha

Tuesday, November 12, 2013

12/11/2013 ^_^

Hari ini Akira masih tidak hadir ke sekolah.Tetapi yang pastinya esok pasti dia hadir kerana peperiksaan.Ainiya pula asyik sahaja teringatkannya.Maklumlah rindu agaknya.Ainiya juga terfikir adakah "JODOH KITA SEIRAS" ? Saya pun tidak pasti.Pernah dengar tetapi tidak tahu sejauh mana kebenaran perkara itu.Esok Akira hadir ke sekolah..Tetapi malangnya Ainiya pasti tidak akan jumpa Akira.Sedihnya...Kesian Ainiya....Cinta bertepuk sebelah tangan ini memang menyakitkan!Tetapi jika bertepuk kedua dua tangan pula..Ada buruknya..Maklumlah akhir zaman ini.Macam-macam boleh berlaku...Shawn diperhatikan seperti menyukai Ainiya...Erm..benarkah?Jika benar...pasti Ainiya gembira kan?Tetapi ada kemungkinan juga Ainiya tidak menyukai Shawn semula.Pening juga ingin memikirkan cerita pelik Ainiya ini.Sukar untuk difahami juga..Tetapi,tidak mengapa..asalkan Ainiya bahagia,Saya sebagai penulis blog ini juga tumpang gembira juga.Hehehe~

Monday, November 11, 2013

11/11/2013 ^_^

Hari ini Akira tidak hadir ke sekolah...Ainiya asyik sahaja melihat tempat-tempat yang selalu dikunjungi Akira seperti di kaki lima kelas Akira.Mungkin Ainiya merindui Akira?Sekolah Ainiya mengadakan Hari Simfoni..Best betul!Ainiya juga dapat belajar bermain gitar daripada rakannya.Sunyi juga hari ini apabila Akira tiada.Persoalan pada hari ini:

>Dapatkan Ainiya melupakan Akira?

>Adakah Ainiya akan menyukai Shawn yang semakin berbaik dengannya?

Jawapan?? Kita tunggu dan lihat sahaja ya? ;)

Saturday, November 9, 2013

9/11/2013 ^_^

Hari ini saya berjumpa dengan Ainiya...Dia nampak gembira sahaja hari ini..Tetapi saya yakin disebalik ketawanya..senyumnya..tersimpan beribu-ribu rahsia yang menyedihkan kerana Ainiya seorang yang pandai berahsia...Ainiya berkata dia ingin melupakan Akira...Apa??? terkejut juga saya...Tetapi saya yakin benar yang Ainiya tak akan melupakan Akira dengan segera kerana tiada pengganti yang akan menggantikan tempat Akira di hatinya itu.Akira juga lah yang telah berjaya menggantikan tempat Shawn dihatinya.

Jika Ainiya benar ingin melupakan Akira,Ainiya perlu mencari pengganti yang boleh menggantikan Akira dihatinya.Jika tiada,Akira masih setia bertakhta dihatinya.Tetapi Ainiya juga seperti bertekad untuk tidak mudah jatuh hati lagi kepada mana-mana lelaki selepas ini.Itu bukanlah mudah pada firasat saya.Ainiya berharap semua orang boleh memahaminya ketika dia marah,sedih,gembira...Saya lah tempat untuk dia meluahkan rasa yang tersimpan..Insya Allah,saya akan berusaha memahaminya walaupun saya tidaklah banyak mengetahui tentang dirinya yang penuh misteri itu.

Apa-apa pun, marilah kita berdoa agar Ainiya menemui jalan kebahagiaan seperti yang di impi-impikannya...Aamin...

Friday, November 8, 2013

8/11/2013 ^_^

Hari ini Ainiya mengatakan hari ini merupakan hari yang kurang baik untuknya.Saya pun tidak pasti.Tetapi apa yang dikatakan oleh Ainiya (cik muda bagi blogger ini..heheheh) ialah kerana Akira dia jadi begini hari ini.Ainiya berasa "confuse" tentang perasaannya.Walaupun dia dan Akira tiada apa-apa hubungan,Ainiya merasa sedih dan merasakan Akira memang tidak suka akannya.Erm...Ainiya ini seperti sudah lama bercinta dengan Akira pula..Ainiya merasakan seperti menyukai Akira merupakan suatu kesalahan."Adakah menyukai Akira suatu kesalahan???" tanya Ainiya.

 Ainiya berasa sungguh sedih mengenangkan apa yang terjadi padanya.Selama ini,apabila dia menyukai seseorang itu...pasti orang itu tidak menyukainya...Sedih juga apabila mendengar cerita-ceritanya.Malah,dia juga memutuskan untuk berhenti daripada menyukai Akira dan ingin melupakan lelaki idamannya itu."Mungkin dia bukanlah jodoh untuk saya...biarlah ALLAH menemukan perempuan yang lebih baik daripadanya untuk Akira" kata Ainiya lagi.

Marilah kita mendoakan kebahagiaan Ainiya..Kesiannya dia..Sedih dan muram sahaja disebabkan peristiwa pada hari ini.Peristiwa itu perlu dirahsiakan...Jadi,sebagai penulis blogger ini..tak dapatlah saya menulis tentangnya.Hehehe..tak mengapalah...Kita semua perlu menghormati keputusan cik muda blogger ini.Nampaknya begitulah... :)

Wednesday, November 6, 2013

6/11/2013 ^_^

Hari ini Akira menduduki peperiksaan yang sangat penting bagi menentukan masa hadapannya selepas tamat persekolahannya nanti.Ainiya hanya bertemu dengan Akira di hadapan sekolah sahaja.Ainiya hanya memandang Akira.Tetapi Akira hanya menunduk sahaja sambil berjalan.Malu ke??? Hehehe~

Waktu persekolahan selepas habis peperiksaan akhir tahun bagi Ainiya adalah kadang kala ada bosan...best..."Erm...sukar untuk dinyatakan" kata Ainiya.Apa apa pun memang seronok apabila bertemu dengan rakan-rakan.Yalah tu Ainiya,si budak yang nakal dan pelik.Hahaha...Jika dia tahu...habislah saya nanti.Shhhhhhh...Jangan bagitahu dia...Hehehe :p

Monday, November 4, 2013

4/11/2013 ^_^

Hari ini Ainiya rasa gembira kerana dapat melihat Akira menerima anugerah di sekolah.Akira kelihatan sungguh kacak dan bergaya dengan "blazer" milik sekolah.Chris juga sungguh bergaya dan kacak dengan "blazer" yang dipakainya.Akira dan Chris kelihatan seperti artis korea yang semakin menjadi kegilaan ramai orang.Semua menjerit dan bertepuk tangan ketika mereka sedang menerima anugerah.

Badan mereka yang tinggi lampai dan berwajah comel dan tampan mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta.Apalagi Ainiya yang terpegun dan tergamam apabila mereka naik sahaja ke pentas.Ainiya rasa mereka berdua sungguh bersinar.Wah~

Selepas selesai penerimaan anugerah,sekolah Ainiya dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada "band" yang terkenal di sekolah itu.Ainiya sungguh terhibur dengan semua persembahan tersebut.Akira pula duduk di tempat yang redup sambil memerhati dari jauh sahaja.Selepas selesai majlis itu,Ainiya dan rakan-rakannya ingin menuju ke kelas.Mereka semua terlihat Akira.Ainiya menjerit nama Akira lalu terus menyembunyikan dirinya.Akira terus memandang kearah mereka.Ainiya pula buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.Hahahaha...Ainiya..Ainiya...

Sebelum pulang Shawn dan rakan-rakannya pergi ke kelas mereka.Kebetulan,Ainiya berada di sana.Shawn asyik melihat Ainiya sahaja.Ainiya perasan tentang perkara itu,tetapi dia buat tidak tahu sahaja.Mungkinkah Shawn menyukai Ainiya?? Adakah Ainiya masih menaruh hati kepada Shawn?? Semuanya menjadi persoalan.Tetapi masa hadapan sahaja yang menjadi jawapannya kerana manusia tidak boleh mengetahui masa hadapan yang ditentukan oleh ALLAH yang maha berkuasa.

Ainiya pula...adakah dia akan memilih Akira?atau Shawn?ataupun Chris?sebagai lelaki yang bertakhta dihatinya?? Ainiya juga tidak pasti.Mereka sangat "special" bagi Ainiya.Ainiya tidak dapat melupakan mereka bertiga dengan semudah satu saat sahaja.Sangat sukar katanya.Ainiya..Ainiya... Erm....(geleng kepala)Hahaha

Sunday, November 3, 2013

3/11/2013 ^_^

Hari ini Ainiya bermimpi tentang Shawn yang pernah mencuri hatinya dahulu.Dalam mimipi itu sangat pelik dan berlainan dengan apa yang terjadi di alam nyata.Mimpi seindah itu tidak mungkin menjadi kenyataan.Erm...Tetapi tidak mustahil juga jika menjadi kenyataan.Jika benar Shawn adalah jodoh Ainiya yang sebenar.Sukar untuk takrifkan tentang jodoh.Jodoh ditangan ALLAH.Tiada siapa yang boleh menafikannya.Sudah ditentukan sejak seorang insan dilahirkan di dunia yang fana ini.

Ainiya bermimpi bahawa Shawn menyukai Ainiya.Tetapi Ainiya juga tidak pasti sama ada ketika itu Ainiya masih menyukai Shawn atau tidak.Ainiya menceritakan segalanya,dia seperti kebingungan tentang segalanya.Pada pendapat saya,mimpi itu mainan tidur.Tetapi mimpi boleh menjadi kenyataan.Biarlah masa mengubah segalanya.ALLAH yang menentukan segalanya.

Jika benar Shwan itu jodoh Ainiya.Pasti Ainiya sangat beruntung.Sukar juga tentang cinta Ainiya ini...Saya sendiri pun rasa pelik.....bingung....Tetapi..hakikatnya...itu KISAH CINTA AINIYA yang unik.Mari kita berdoa demi kebahagianan Ainiya...Aamin...

Friday, November 1, 2013

1/11/2013 ^_^

Hari ini Ainiya ke sekolah dengan ceria sekali.Dia dapat memakai baju kegemarannya iaitu baju t-shirt sekolah.Lama juga dia tidak memakainya sejak peperiksaan bermula.Seperti saya katakan sebelum ini,Ainiya pasti akan bertukar sifatnya apabila memakai baju t-shirt atau baju kegemarannya.Dia akan berkelakuan comel sekali.Kawai!!!

Lebih-lebih lagi Ainiya terserempak dengan Akira ketika dia sedang menuju ke kelasnya.Akira kelihatan sungguh comel hari ini,kata Ainiya.Dia mengatakan perkataan "kawai!!!" (comel).Ainiya juga bertambah gembira kerana pada minggu hadapan Akira akan mendapat anugerah di sekolahnya.Wah...seronoknya Ainiya nanti.Hahahah!

Ainiya..Ainiya pelik..tetapi suka berkelakuan seperti cik muda...lebih tinggi sedikit..."PRINCESS"~

Thursday, October 31, 2013

31/10/2013 ^_^

Dah lama betul saya tidak menulis tentang Ainiya dan kisah cinta peliknya itu kan?Hahaha..Maaf kerana Ainiya baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahunnya.Saya tidak ingin mengganggunya~
Baiklah...mari kita mulakan dengan cerita untuk hari ini.Saya pasti pasti ramai di luar sana tertunggu-tunggu akan sambung cerita tentang Ainiya memberi "birthday present' kepada Akira,right?

Walaupun sudah lama berlalu kejadian itu,Ainiya masih gembira kerana tiada sebarang reaksi negatif yang cuba ditunjukkan oleh Akira terhadap hadiah yang diberikan itu.Alhamdulillah....Akira mengambil langkah yang bijak kerana dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang hadiah misteri tetapi comel itu kepada sesiapa pun.Jika tidak,pasti ramai yang dapat meneka siapa pemiliknya. (Actually,maybe ramai dah tahu...Ainiya suka pada Akira) >.< harap tidak ya..kerana biarlah rahsia~hahaha..menyanyi pula saya ini.....

Ainiya berasa sangat senang hati juga pada hari ini kerana sudah tamat peperiksaannya yang berminggu-minggu itu dengan jayanya...Alhamdulillah :)

Thursday, October 10, 2013

10/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya dikejutkan lagi dengan kejutan daripada kawannya.Ceritanya bermula begini....
Semasa tamatnya waktu rehat,Ainiya dan kawan baiknya berjalan menuju ke kelas masing-masing.Seorang kawan Ainiya mengatakan Akira berdekatan di situ dan ingin lalu dia situ.Jadi,Ainiya pun berhenti dan sengaja ingin melihat Akira berjalan di hadapannya.

Tetapi yang mengejutkan Ainiya ialah apabila kawan Ainiya itu tiba-tiba menarik Ainiya dan memanggil Akira. "Akira!Ini Ainiya..Ainiya" Ainiya terkejut sangat!Malu sangat katanya!Sepanjang hari mukanya merah padam mungkin menahan malu agaknya!

Akira pula memandang Ainiya yang sudah malu itu dengan muka "selamba" sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.Ainiya pula juga berbuat demikian.

Semasa Ainiya berjumpa kawan baiknya,mereka berbincang tentang hadiah yang ingin diberi kepada Akira sempena hari ulang tahun kelahiran Akira yang ke-17 tahun.Apa sahaja yang mereka bincangkan pasti ada sahaja perkara yang "lawak" dibincangkan.Tidak dapat diberitahu melalui blogger ini kerana terlalu "privacy".Hahahaah~

Ainiya menganggap hadiah yang diberi kepada Akira itu adalah sebagai kenangan sahaja.Ainiya berharap sangat agar Akira menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka.Kita sama-sama doakan ya?? Insyaallah ..Aaminn...

Tuesday, October 8, 2013

8/10/2013 ^_^

Hari ini memang hari yang menggembirakan bagi Ainiya kerana hari ini "HARI JADI AINIYA" hohoho~
Kawannya memberinya hadiah yang sangat comel iaitu "secretlah"! Ainiya berahsia hadiahnya!

Akira pula asyik muncul sahaja di hadapan Ainiya...Ainiya lagi bertambah gembira!Wah!Suka Ainiya nampaknya!

Ainiya dan keluarganya mengadakan "birthday feast" untuk sekeluarga di rumah.Mereka makan "KFC".Hari ulang tahun Ainiya pasti meriah disambut!Tetapi..tahun ini lagi seronok!

Akira "like picture "birthday feast"Ainiya di lama sosial!First time!Sudah pasti Ainiya gembira sangat!

Hari ramai kawan kawan Ainiya memberi "wish" kepada Ainiya...Paling best sekali..apabila kawan kawan Ainiya sekelas menyanyikan lagu "Birthday" kepada Ainiya.Kesimpulannya,hari ini hari yang betul-betul menggembirakan bagi Ainiya!

Sunday, October 6, 2013

6/10/2013 ^_^

Esok Ainiya tidak ke sekolah kerana cuti bergilir sempena peperiksaan.Pati dia merasa bosan dan sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan pujaan hatinya,Akira.hahahah~Ainiya Ainiya

Dua sehari lagi Ainiya bakal meraikan sesuatu...Terpaksa dirahsiakan,ya...Maaf..

Adakah tahun ini berbeza daripada tahun lepas?Harap harap Ainiya mendapat banyak 'surprise' dari kawan kawannya.

Ainiya teringat pula dengan Shawn dan Akira...Kedua duanya tidak meminat Ainiya. Kesiannya.
Tidak mengapalah Ainiya.Pasti Allah sudah merancangkan perkara yang lebih baik untuk Ainiya.Insyaallah.Aaminn :)

Friday, October 4, 2013

4/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya rasa sedikit tidak menggembirakan.Ainiya rasa Akira memang tidak sukakan Ainiya.Sedihnya...Kesian Ainiya kan? Setiap kali dia sukakan seseorang,pasti orang yang disukainya itu tidak menyukainya.Hari Isnin pula cuti berganti sempena peperiksaan.Tak dapatlah Ainiya berjumpa Akira.Kata Ainiya "dapat tengok muka dia yang comel itu pun jadilah". Tetapi kata orang tua-tua pula, "dapat tengok bumbung rumah dia pun jadilah".Tapi masalahnya lokasi rumah Akira pun Ainiya tidak tahu,manakan datangnya bumbung pula ingin dilihat.Hahahaha~

Terbongkar juga 'prank' yang Ainiya buat untuk kawan baiknya itu....Disebabkan Ainiya menyebut "hello kitty" ! Itulah benda yang diberi oleh Ainiya kepada kawan baiknya itu.Hari ini juga Ainiya "having fun" dengan kawan kawan baiknya.Apabila memakai baju t-shirt sukan sahaja...perwatakan mereka semua terus bertukar menjadi kebudak-budakan...serta merta pula itu! Kelakar betul jika diperhatikan! Mereka semua memang kawan baik yang "happening" dan pening!Hahahaha~

Thursday, October 3, 2013

3/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya gembira sangat kerana dia dh membuat 'prank' hari jadi kepada kawan baiknya itu.Tetapi sampai sekarang dia masih tak nak mengaku yang bagi hadiah itu.Biarlah rahsia untuk sehari.Heheheh...
Ainiya memang pandai berlakon..kononnya lah~

Hari ini juga Ainiya terserempak Akira ! Gembiranya dia ! Saat saat pertemuan juga agak kelakar dan memalukan juga.Mula mula Akira ingin lalu berdekatan dengan Ainiya dan kawan kawan.Dia tersenyum sahaja semasa lalu di situ.Semasa cuba lalu di hadapan Ainiya dan kawan kawan,Akira berjalan dengan cara yang sopan 'ala-ala' orang melayu gituh sambil tersenyum.Ainiya pula apa lagi...di pandang sahaja Akira.Rasa macam nak pengsan pon ada juga ! Hahahah....

Setelah Akira selamat berlalu di situ.Ainiya cuba memanggil Akira tetapi dengan nada yang rendah sahaja.Kawan baik Ainiya pula pergi mengekori Akira untuk mengatakan Ainiya 'kirim salam' kepadanya.Tetapi belum sempat memberi 'salam', kawan Ainiya yang seorang lagi menjerit nama Akira.Apa lagi..Akira terus pandang belakang ! Malunya Ainiya bukan kepalang ! Setelah Akira sedang menuju ke kelasnya sudah pasti dia ternampak Ainiya yang cuba 'membelasah' kawannya yang menjerit itu ! Hahahaha~
Yang kelakarnya,kawan baik Ainiya yang ingin mengirimkan 'salam' daripada Ainiya pula terus tidak mengekori Akira.Malah,dia terhenti di satu tong sampah dan pura-pura memakan kacang.Hahahah~

Pertemuan sebelumnya pada hari ini juga ialah di tangga.Ainiya ingin menuju ke kawan baiknya.Akira pula ada juga di tangga tetapi Ainiya pura-pura tak nampak ! Malah Ainiya berlawak dengan kawannya yang mengalami sakit gusi tetapi berkeinginan untuk memakan jambu batu walaupun dalam kesakitan ! Apalah kawan Ainiya ini,merepek sahaja...Mana ada kena mengena antara memakan jambu batu dan sakit gusi ! "definitely,no !" hahahah~

Wednesday, October 2, 2013

2/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya rasa sangat gembira kerana 'have fun' dengan rakan-rakan sekelasnya.Guru tidak hadir jadi permainannya mesti banyak juga.Hehehe...Ainiya asyik 'prank' kawannya sahaja.Penuh dengan gelak ketawa sepanjang hari.Walaupun kelas telah ditukarkan untuk sementara waktu sementara pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan yang penting bagi mereka.Good luck semua ya!

Hari ini juga Ainiya mampu melihat Akira dari jauh sahaja.Rindu juga dia kepada Akira nya itu.Hahahaa...Macam macamlah Ainiya ini.Akira juga telah ditukarkan kelas kerana kelasnya telah digunakan untuk peperiksaan itu.Mungkin tahun ini pelajar tingkatan tiga terlalu ramai.Maybe~

Hari ini juga Ainiya sudah beberapa kali terserempak dengan Shawn,lelaki yang pernah berada di dalam hatinya dahulu.Semakin Ainiya ingin melupakan Shawn..Eh!semakin mendekat pula mereka! Ish ish ish!Seram pula!

Hari ini kawan baik yang paling rapat dengan Ainiya mempunyai seminar.Jadi,dia tidak dapat bersama sama semasa rehat.Ainiya asyik sahaja termenung.Tinggal lah Ainiya berdua dengan kawan baiknya yang lagi seorang...Tetapi hari ini Ainiya 'gila gila' membuat 'prank' kepada kawannya itu.Kejam betul!hahaha...
Itulah kawan baik namanya.bergurau senda tak kira masa dan tanpa belas kasihan juga!hahaha..

Mood Ainiya hari ini kebanyakkannya gembira sahaja.Alhamdulillah.Sama samalah kita doakan kegembiraan Ainiya supaya berkekalan tak kira masa.Aamin...

Tuesday, October 1, 2013

1/10/2013 ^_^

Hari ini Ainiya sedang merancang sesuatu yang istimewa buat kawan baiknya yang paling dia sayang.Ainiya mahu membuat "surprise" pada hari jadi kawan baiknya itu.Hehehe..kira "prank" lah ini.Cuma perlukan seorang pembantu sahaja."bertanduk" sudah Ainiya apabila memikirkan "prank" itu.Hari "prank" itu adalah tidak lama lagi!

Hari ini juga Ainiya terserempak dengan Akira,pujaan hatinya di kantin sekolah.Ainiya nampak Akira seperti bersinar-sinar.hahaha....Seperti di komik sahaja. Ainiya memang seorang yang mempunyai imiginasi yang tinggi betul!Tetapi Ainiya tiada keberanian untuk memandang wajah Akira.Wajah Akira seakan akan terlalu bersinar baginya.Lagi bagus jika Akira senyum kepada Ainiya jika Ainiya terpandang wajah Akira yang kacak itu.Pasti Ainiya terjatuh...bukan jatuh cinta sahaja tetapi pengsan agaknya.Hahaaha . Ainiya memang pandai berlakon dalam  membuat seseorang seperti tiada di sekelilingnya.Erm..Ainiya Ainiya...pelik benar orangnya.Biarlah Ainiya dengan dunianya asalkan dia bahagia dan tidak mengganggu kebahagiaan orang lain.Hehehe...

Friday, September 27, 2013

27/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya tidak ada mood.Kesian dia kerana mengalami bermacam perkara yang menyedihkan.Hari ini dia dimarahi oleh papanya kerana dia bercakap kasar.Ainiya memang seorang yang bersikap kasar dan suaranya juga boleh dikatakan sebagai lelaki lebih-lebih lagi apabila dia berkomunikasi di telefon.Hahaha.Tapi itu bukanlah persoalannya yang sebenar.Mungkin ketika itu juga papa Ainiya tidak mempunyai "angin" yang baik.Asyik marah-marah sahaja.

Hari ini juga hari yang menggembirakan Ainiya kerana hari ini dia dapat melihat senyuman manis Akira.Tetapi,senyuman itu bukanlah ditujukan kepada Ainiya tetapi kepada cikgu.Hahaha.Mengikut kata sahabat Ainiya pula,Ainiya mungkin tidak dapat tidur selama beberapa hari jika Akira betul-betul memberikan senyumannya kepada Ainiya.Hahahaha..Ada-ada sahaja sahabat-sahabat Ainiya yang sengaja membuat Ainiya "merah muka".Hahahaa....

Hari ini juga Chris mengalami pergaduhan dengan kawan karibnya kerana sedikit perselisihan faham.Ainiya pula nampak risau.Tetapi,jika Akira yang bergaduh..pasti Ainiya yang "ribut" nanti.Erm...mungkin...Betapa sayangnya dia kepada Akira walaupun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Walaupun dalam kesedihan yang membuatkan Ainiya tidur bersama air mata,Ainiya tetap berdoa dan yakin bahawa esok akan lebih baik dan membahagiakan.Insya Allah...Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan Ainiya...Aamin...

Thursday, September 26, 2013

26/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya berasa sangat sedih terutama tentang keluarganya.Mula-mula dia dimarahi oleh mamanya kerana dia mengingkari perintah yang disuruh oleh mamanya.Selepas pulang dari sekolah pula dia dimarahi oleh abangnya.Memang sudah salahnya juga.Siapa suruh dia update status tentang abangnya.Ish..ish Ainiya ni...Ainiya menangis mengenangkan nasibnya pada hari ini.

Ainiya sudah memulai risau tentang peperiksaan akhir tahun yang bakal dia tempuhi seterusnya dia memikirkan tentang peperiksaan yang bakal ditempuhinya pada tahun hadapan kerana peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang paling penting,yang menentukan cita-cita dan masa hadapannya.

Hari ini Arumi cuma memandang Ainiya dari jauh sahaja.Kini,Ainiya semakin tidak mempedulikan lagi Shawn,lelaki yang pernah membuat dia jatuh cinta selama beberapa tahun.Ainiya juga tidak menyedarinya.Paling penting sekarang,Ainiya sedang berfikirkan tentang siapakah angkara yang menceritakan tentang perkara itu kepada abang kesayangannya.

Dia amat menyayangi abangnya kerana mungkin itulah satu-satunya abang yang dia ada.Ainiya cuba memujuk dirinya agar tidak terlalu bersedih dengan perkara yang remeh seperti ini.Dia perlu tabah untuk mengecapi sendiri kebahagiaan yang begitu dia ingin temui.Bersabarlah ya Ainiya.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Begitulah pujuk hati nurani Ainiya.

Wednesday, September 25, 2013

25/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya berasa sedih sedikit kerana kawan baiknya bad mood.Dia rasa seperti dimarahi apabila dia cuba bertanya kawannya tentang soalan yang tidak difahaminya.Erm...mood sedih Ainiya lah ni.Hari ini juga Ainiya pergi ke kedai yang berdekatan dengan sekolahnya untuk membeli hadiah untuk sempena hari lahir sahabat karibnya yang paling dia sayang.Comel juga hadiah tu.Pink gituh~Hahahaha...

Ainiya juga terawal sedikit jalannya daripada Arumi.Arumi jauh dibelakang Ainiya.Apabila Ainiya hendak membayar barang ingin dibelinya.Ainiya ternampak Arumi sedang berjalan dengan gayanya.Ainiya rasa seperti ternampak artis Korea sahaja.Hehehe...ada ada sahaja Ainiya ini.Mempunyai imaginasi yang terlalu tinggi!

Malamnya pula Ainiya naik berang dan mengamuk satu rumahnya kerana bosan melihat baju di bilik bersepah di sana sini.Semua akan terdiam sahaja jika Ainiya mengamuk kerana Ainiya memang tidak suka dibantah.Bukan selalu dia naik berang begitu.Ini mungkin disebabkan dia terlalu memendam perasaan marahnya...Bila sampai tahap maksimanya...Erm..meletus juga gunung berapi kemarahan Ainiya.Tetapi marahnya itu sekejap sahaja,sekadar meluahkan perasaan marah yang tidak boleh ditahan lagi.Selepas itu,dia akan mudah sahaja melupakan apa yang dimarahinya.Dia juga memang tidak suka berleter kerana katanya berleter itu memenatkan dirinya sahaja.

Tuesday, September 24, 2013

24/9/2013 ^_^

Semalam Ainiya bermimpi tentang seseorang yang pernah diminatinya dahulu.Adakah itu jodoh Ainiya?Ataupun mimpi sekadar mainan tidur sahaja.Ainiya tidak memahaminya walaupun mimpi itu sangat indah sehinggakan dia terbangun lewat sedikit daripada waktu asal yang sepatutnya dia bangun tidur.Ainiya..Ainiya...syok sangat dia bermimpi sehingga terlupa untuk bangun awal ke sekolah pula ya.Ish,ish,ish....Hahaha.Ainiya penuh dengan impian,angan angan dan cinta yang berbeza beza.

Hari ini pula Ainiya hanya berkesempatan untuk  melihat Arumi daripada jauh sahaja kerana dia perlu menyelesaikan tugasnya.Kesian Ainiya.Sewaktu di kantin sekolah,sempat lagi lelaki,Chris yang dimimpikannya itu berlawak dengan tetapi Ainiya buat muka seperti biasa sahaja kerana dia sendiri tidak memahami mimpi yang pelik itu.Kalaulah itu jodoh Ainiya,pasti Ainiya gembira.Mungkin juga.....Ainiya juga hari ini terfikir soal kematian.Memang menakutkan.Tetapi mati itu sudah pasti bagi semua makhluk Allah.Ainiya juga teringatkan sewaktu dia masih di menengah rendah dahulu.Sudah banyak kali dia terlanggar Chris.Nasiblah Chris itu baik orangnya dan tidak memarahi Ainiya.Ainiya pula asyik nak cepat sahaja.

Ainiya berkeras menafikan bahawa Chris itu bukanlah seperti di dalam mimpinya yang indah itu.Chris juga sudah pun mempunyai teman wanita yang sangat cantik.Malahan teman wanita Chris itu merupakan kawan baik Ainiya sendiri.Ainiya memang suka berkorban demi kebahagiaan orang lain walaupun dia banyak menagis demi cintanya yang tidak kesampaian itu.Sedih pula cerita Ainiya ini ya?Erm...apa boleh buat..cinta itu buta.Mampukah cinta Ainiya kepada Chris kembali berputik seperti di dalam mimpi indah itu?Adakah Ainiya menolak segala-segalanya daripada berlaku demi sahabat baik yang disayanginya?Jawapan adalah pada masa hadapan.

Sunday, September 15, 2013

15/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya letih sedikit kerana sibuk membantu mamanya yang berniaga hari ini.Baguslah tu dapat pahala kan?Ainiya teringat tentang semalam ketika dia berkunjung ke pasar raya MYDIN.Mula mula dia terjumpa kawan sekelasnya...Hahaha..kelakar betul cara pertemuan mereka.Kawannya datang kepadanya ketika dia sedang memilih barang yang ingin dibeli.Tiba-tiba datang seorang sealer (kawan Ainiya).Ainiya terus pandang sealer itu dari bawah hingga ke muka sealer itu.Terkejut Ainiya dibuatnya.Memang lawak ketika itu.Ainiya bakal merindui kawan rapatnya itu kerana kawannya bakal pergi ke suatu perkhemahan tak lama lagi untuk seminggu.Mesti Ainiya kebosanan.

Di MYDIN juga,Ainiya terjumpa seorang lelaki Chinese.Tinggi memang merupakan kriteria lelaki pujaan Ainiya.Pada masa itu juga Ainiya terus teringatkan Arumi.Masa-masa gentinglah baru dia teringat kan?Ainiya..oh...Ainiya..perwatakanmu sungguh ganjil tetapi boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatmu...
Dia tiada kesempatan untuk melihat muka lelaki BLISS itu.Lelaki BLISS itu digelarkan oleh Ainiya kerana lelaki BLISS itu sedang offer pembelian BLISS.Sudah tentu Minuman BLISS menjadi pujaan Ainiya.Apabila Ainiya berkesempatan pergi ke MYDIN lagi.Pasti dia berharap dapat bertemu lelaki BLISS itu lagi.Harap-haraplah.Jangan-jangan habis sahaja offer promotion itu...erm,BLISS sahaja yang tinggal.Lelaki BLISS sudah kaya agaknya.HAHAHAHA.Kalau tak kaya,mesti dia sudah pergi ke tempat lain.Ainiya..oh..Ainiya rumit gila cerita cintamu ini.Asalkan jumpa sahaja lelaki Chinese yang tinggi,handsome,bergaya seperti korean and putih,sudah pasti jatuh cinta lagi...Hahahaha ^_^

Friday, September 13, 2013

13/9/2013 ^_^

Hari ini Arumi tidak hadir ke sekolah.Maklumlah baru selesai peperiksaan.Ainiya nampak muram hari ini.Ainiya walaupun nampak sahaja tidak kesah langsung dengan Shawn,tetapi dalam hatinya tersimpan berjuta juta rahsia yang Allah sahaja mengetahuinya.Dia memang cemburu apabila nampak perempuan lain mendekati Shawn walaupun hanyalah di laman muka buku.Hatinya masih berbekas perasaan sayang itu.Hari ini Shawn pulang ke pangkuan keluarganya.Ainiya sudah mula merinduinya.Arumi pula dilupakan sebentar.Hahaha.Arumi mungkin pengganti kepada Shawn.Makin rumit kisah cinta Ainiya yang tiada penghujungnya.Merumitkan lagi perasaannya yang bercelaru.Ainiya pula seorang gadis yang kurang bersosial terutamanya dalam pergaulan antara lelaki.Ainiya pernah bercakap face to face dengan Shawn pun buat kali pertama,itu pun atas dasar tugas yang di berikan oleh cikgunya.Ainiya juga sudah banyak kecewa kerana cintanya yang tidak berbalas.Kesian dia.Tetapi dia tetap menyembunyikan perasaan sedihnya itu di sebalik ketawanya yang berderai itu.Hahaha.Teruk juga Ainiya ni kan?Hahaha ^_^

Thursday, September 12, 2013

12/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya jumpa Arumi..tapi dari jauh sahaja..Dia tak peduli Ainiya...tak apalah biarlah Ainiya mengundur diri...Shawn semakin menyombong..budak hot lah katakan.kata Ainiya.


Monday, September 9, 2013

10/9/2013 ^_^

Hari ini Ainiya tidak ke sekolah.Kesian Ainiya.Nak ke sekolah,tetapi diberi cuti untuk menjaga rumahnya.Letih betul Ainiya kerana terpaksa mengemas seluruh kawasan rumahnya.Dia teringat tentang semalam,dia terserempak dengan Arumi,pujaan hatinya.Aruminya sangat pemalu orangnya.Bila sahaja bertemu perempuan pasti dia tunduk membisu.Itulah sebabnya Ainiya jatuh hati kepada Arumi.Katanya Ainiya tidak suka dimadukan.Hahahah.Lawak juga Ainiya ini.Ainiya berharap Arumi dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang Arumi duduki dan mendapat keputusan yang cemerlang.Ainiya juga ada suka pada seseorang,Shawn namanya tetapi Shawn tidak suka Ainiya.Dia sudah mempunyai pilihan hatinya yang sendiri.Jauh beza cantik perempuan itu dan Ainiya.Ainiya berbadan kecil dan comel sahaja.Ainiya di dalam proses ingin melupakan Shawn,walaupun kenyataannya susah sangat.Cinta pertama..kedua..atau ketiga Ainiya.tidak boleh dikiralah.Hahahah... :)